Gambaran Keseluruhan Terminal Feri Jeti Mersing
Terminal Feri Mersing juga dikenali sebagai Jeti Mersing. Terminal feri ini berfungsi sebagai pintu masuk ke destinasi pelancongan popular di Kepulauan Tioman. Terminal ini mempunyai pelbagai kaunter tiket dan merupakan perhentian berlepas dan ketibaan untuk pelbagai feri yang beroperasi dari Mersing ke Tioman dan kembali. Jeti Mersing dilengkapi dengan kemudahan moden dan boleh diakses dengan kerusi roda. Ia terletak berhampiran banyak lokasi di Johor, Malaysia dan juga mempunyai hotel-hotel berpatutan di mana penumpang boleh menginap sebelum menaiki feri dari terminal. Jika anda ingin menempah tiket ke Kepulauan Tioman dari Terminal Feri Mersing, anda boleh berbuat demikian dari redBus.
Alamat Terminal Feri Mersing
Alamat untuk Terminal Feri Mersing adalah:
Jeti Mersing
Jalan Abu Bakar,
Mersing Kechil,
86800 Mersing, Johor, Malaysia
Telefon: +60 19-294 1683
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau pertolongan dengan penempahan tiket Feri Mersing atau ingin membuat aduan, anda boleh melawat pejabat atau hubungi staf bantuan.
Bagaimana Untuk Sampai ke Jeti Mersing
Terminal Feri Mersing dihubungkan je lokasi dan bandar berdekatan dengan pengangkutan awam, terutamanya bas. Anda boleh menaiki bas dari mana-mana stesen bas di bandar Mersing dan sampai ke terminal. Ini biasanya dilakukan oleh penduduk tempatan yang perlu menaiki feri dari terminal.
Bas ke Jeti Mersing akan sampai di stesen bas Mersing, berdekatan dengan terminal feri dan dalam jarak berjalan kaki. Bas dari Kuala Lumpur, Seremban, Muadzam Shah, dan lain-lain menyambung ke terminal bas Mersing. Anda boleh mengambil teksi untuk sampai terus di terminal feri untuk perjalanan yang lebih selesa. Anda boleh menempah tiket feri dengan feri redBus. Servis feri dioperasikan oleh Blue Water Ferry, yang menyediakan tiket kelas ekonomi untuk perjalanan ke pulau.
Bagaimana Untuk Sampai ke Jeti Mersing dari Kuala Lumpur
Bas dari Kuala Lumpur bertolak dari KL Sentral dan stesen bas TBS. Anda boleh menempah tiket bas online untuk menjimatkan masa. Perjalanan akan mengambil 6-7 jam tetapi bas akan mempunyai kemudahan yang selesa. Harga tiket bas akan berada dalam lingkungan RM35 ke RM43. Dari terminal bas, jeti tersebut dalam jarak berjalan kaki. Pengendali berikut menyediakan laluan bas dari TBS ke Mersing -
- Sanwa Express
- Maraliner
- Transnasional
Bagaimana untuk Sampai ke Jeti Mersing dari Singapura
Jika anda melancong dari Singapura ke Kepulauan Tioman, bas terus dari Singapura boleh membawa anda ke terminal bas Mersing. Kemudian, anda boleh berjalan ke Jeti Mersing, di mana anda boleh menaiki feri ke Kepulauan Tioman. Perjalanan bas dari Singapore ke Mersing akan mengambil masa 3-4 jam.
Anda boleh menempah bas dari pengendali bas berikut -
- KKKL Travels and Tours Pte Ltd
Setelah anda sampai terminal bas Mersing, anda perlu berjalan ke jeti yang jaraknya dalam 10 minit jauh. Anda boleh menyemak jadual feri Mersing dan pastikan yang anda mempunyai masa yang cukup untuk sampai ke jeti dan menaiki feri.
Satu lagi cara untuk sampai ke terminal feri Mersing adalah dengan teksi atau kereta sewa. Jika anda melancong ke Mersing dari lokasi yang tidak mempunyai bas terus, adalah lebih baik untuk menempah teksi. Anda boleh menyewa kereta untuk perjalanan anda. Ini adalah pilihan yang bagus jika anda melancong dengan sekumpulan besar keluarga dan rakan-rakan, atau jika anda mempunyai banyak bagasi. Anda boleh melancong dengan selesa dalam teksi atau kereta dan sampai dengan mudah ke terminal feri.
Laluan Popular yang Bermula dari Terminal Feri Mersing
Feri dari terminal feri Mersing berhubung dengan Kepulauan Tioman. Terdapat beberapa feri yang terdapat di pelbagai laluan. Jika anda menempah bot feri dari jeti Mersing ke Tioman , anda boleh memilih laluan yang berbeza ke pelbagai kampung di Pulau Tioman. Lihat beberapa laluan terkenal dari terminal feri Mersing ke Kepulauan Tioman. Anda boleh menempah feri untuk mana-mana satu laluan popular berikut dari laman web redBus atau app.
- Terminal Feri Mersing ke Terminal Feri Kampung Genting
- Terminal Feri Mersing ke Terminal Feri Air Batang
- Terminal Feri Mersing ke Terminal Feri Kampung Salang
- Terminal Feri Mersing ke Terminal Feri Tekek
- Terminal Feri Mersing ke Terminal Feri Kampung Paya
Pengendali Feri Popular Mersing
Terdapat beberapa pengendali feri yang menyediakan servis ke dan dari Terminal Feri Mersing. Jika anda menyemak jadual feri Mersing di redBus, anda akan menemui feri dari pelbagai pengendali setiap hari dalam seminggu.
- Bluewater Ferry
- Cataferry
Anda boleh menempah tiket satu-hala atau pergi-balik untuk mana-mana feri pilihan anda. Kedua pengendali feri menyediakan servis berkala untuk laluan berbeza di antara Terminal Jeti Feri Mersing dan terminal di Kepulauan Tioman.
Kemudahan yang Disediakan di Terminal Feri Mersing
Jika anda menempah feri dari Jeti Mersing ke Tioman dan anda sampai awal, kemudian anda kena tunggu seketika. Namun, itu tidak akan menjadi masalah kerana kemudahan yang disediakan di Terminal Feri Mersing. Anda boleh menunggu feri anda, menikmati makanan atau pergi membeli-belah di terminal. Berikut adalah kemudahan terbaik yang anda boleh jumpa di Terminal Feri Mersing.
- Bilik menunggu yang bersih dan diselenggara dengan baik
- Tempat duduk selesa untuk penumpang yang menunggu feri mereka sampai
- Restoran yang menyediakan pelbagai jenis hidangan
- Kaunter tiket untuk pengendali feri popular
- Lorong beratur berasingan untuk kaunter tiket
- Parkir kereta dengan sekuriti sepenuh masa
- ATM
- Pasar raya untuk membeli-belah
- Tandas yang bersih
Bayaran Parkir Jeti Mersing
Memandangkan pulau itu adalah sebahagian daripada kawasan perlindungan taman marin, penumpang mesti membayar yuran pemuliharaan taman marina sebelum masuk.
Tempah Tiket Feri Mersing Online dengan redBus
Jika anda ingin mengelak dari beratur panjang di Terminal Feri Mersing, anda boleh menempah feri tiket secara mudah. redBus akan memaparkan kesemua feri yang tersedia dari Jeti Mersing dan anda boleh menempah mana-mana yang bersesuaian dengan rancangan anda. Anda boleh menempah tiket feri online Mersing secara melalui app redBus atau laman web pada kadar rendah, untuk mendapat diskaun yang menarik!