Polisi Privasi

Syarat – syarat polisi privasi (“Polisi Privasi”) adalah oleh dan di antara IBIBO Group Pte Limited (“RedBus”) yang mempunyai pejabat di 1 SCOTTS ROAD, #21-07, SHAW CENTRE, SINGAPORE(228208), di mana menjalankan dan mengoperasikan www.redbus.my (“Laman Sesawang” atau “kita” atau “kami”) dan pengguna sistem / pelanggan (“Pengguna Sistem” atau “kamu” atau “anda” ) laman ini. Polisi Privasi ini akan berkuatkuasa sebaik sahaja pengguna sistem mengakses Laman ini. Dengan mengakses laman sesawang ini, menghantar maklumat ke Redbus melalui laman ini, dan mendaftar untuk kemudahan penempahan di laman ini, pengguna sistem menyatakan kebenaran kepada Redbus dan sekutunya untuk menggunakan dan / atau berkongsi Data Sasaran kepada pembekal perkhidmatan yang dibenarkan dan disahkan dan juga kepada pihak ketiga yang lain, berdasarkan syarat – syarat dibawah Polisi Privasi ini. Pengguna sistem menyatakan kebenaran untuk menggunakan dan / atau berkongsi Data Sasaran kepada pembekal perkhidmatan yang dibenarkan dan disahkan dan juga kepada pihak ketiga yang lain. Dengan mengakses laman sesawang ini, pengguna sistem menyatakan kebenaran kepada Redbus dan sekutunya untuk menggunakan dan / atau berkongsi Data Sasaran berdasarkan syarat – syarat dibawah Polisi Privasi ini, sekiranya pengguna sistem tidak bersetuju untuk terikat dengan terma – terma Polisi Cookie seperti yang tertera dibawah ini, pengguna sistem tidak boleh mengakses Laman sesawang ini:

(Secara kolektif, selepas ini 'Laman' dan 'Pengguna Sistem' akan dirujuk sebagai “Pihak-Pihak” dan individu sebagau “Pihak”)

  1. Tafsiran / Interpretasi:
    1. Dalam Polisi Privasi ini ( melainkan jika konteks atau kandungannya mengkehendaki maksud dan makna yang lain ):

      1. Sebaranag rujukan di dalam ini kepada mana – mana klausa adalah untuk Fasal Polisi Privasi ini.
      2. Ungkapan atau perkataan “Fasal ini” hendaklah, melainkan diikuti dengan merujuk kepada peruntukan tertentu atau khusus, disifatkan merujuk kepada keseluruhan Fasal (bukan sekadar sub-Fasal , perenggan atau peruntukan lain) di mana ungkapan atau perkataan itu berlaku.
      3. Istilah “ di sini” , “ di” , “bersama” , “di bawah ini” dan perkataan – perkataan yang sama atau membawa erti yang sama kepada Polisi Privasi ini secara keseluruhannya.
      4. Semua tajuk yang dimasukkan hanya untuk memudahkan sahaja dan tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan Polisi Privasi ini.
      5. Perkataan yang tunggal termasuk banyak / majmuk dan sebaliknya, dan kata ganti nama yang merujuk kepada jantina termasuk setiap satu daripada maskulin, feminine dan tanpa jantina.
      6. Sebarang tarikh atau tempoh yang dinyatakan dalam mana – mana Fasal dalam Polisi Privasi ini boleh dilanjut atau dipanjangkan dengan persetujuan bertulis daripada Pihak – Pihak, sekiranya gagal berbuat demikian, masa akan menentukan / masa adalah penting.
      7. Tempoh masa di dalam atau yang berikut di mana terdapat sebarang pembayaran yang perlu dibuat atau tindakan / perbuatan yang perlu dilakukan hendaklah dikira dengan tidak termasuk dengan hari di mana tempoh bermula dan termasuk dengan hari di mana tempoh berakhir dan dengan melanjutkan tempoh masa kepada hari perniagaan yang berikutnya jika hari terakhir tempoh itu bukan hari perniagaan.
      8. Jika perkataan atau frasa ditentukan, bahagian – bahagian lain bentuk ucapan dan tatabahasa dam perbezaan kata yang asal atau frasa hendaklah membawa atau memberi maksud yg sama.
      9. Rujukan kepada peruntukan undang – undang hendaklah ditafsirkan sebagai makna dan termasuk rujukan juga kepada apa –apa pindaan, penyatuan, penggantian atau enakmen / tetapan semula (sama ada sebelum atau selepas tarikh Polisi Privasi ini) yang pada masa ianya berkuat kuasa dan untuk semua instrument berkanun, perintah atau perundangan bawahan lain yang dibuat menurut peruntukan berkanun yang sedemikian.
  2. Skop Kepenggunaan:

    Sila ambil perhatian bahawa privasi Pengguna Sistem adalah penting bagi kami. Kami menghargai kepercayaan Pengguna Sistem dan komited untuk melindungi dan menjaga Data Pengguna Sistem (ditakrif seperti di bawah). Polisi Privasi ini, di mana kami akan mengemas kini dari masa ke semasa mengikut keperluan / cara yang diperuntukan di bawah Fasal 7 dalam Polisi Privasi ini, menerangkan antara lain bagaimana RedBus akan menggunakan Data Pengguna Sistem (ditakrif seperti di bawah). Ia juga memberitahu Pengguna Sistem bagaimana Pengguna Sistem boleh menghubungi kami, jika Pengguna Sistem mempunyai pertanyaan berkenaan dengan Data Pengguna Sistem (ditakrif seperti di bawah) boleh berkongsi dengan kami.

    Laman sesawang ini menyediakan pasaran atas talian untuk perkhidmatan jualan perjalanan / pelancongan antara lain melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih.

    If you object to your information being transferred or used, please do not use the website

  3. Jenis Data Pengguna Sistem:

    Apabila Pengguna Sistem membuat tempahan / pesanan melalui laman sesawang ini, Pengguna Sistem mungkin akan di minta maklumat yang diperlukan termasuk, tanpa had:

    1. Maklumat Peribadi : Maklumat, yang anda berikut semasa anda menggunakannya, melanggan atau mendaftar dengan laman sesawang ini. Maklumat mengenai identity anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama / samaran / tetamu anda, bangsa, jantina, status perkahwinan, umur, alamat emel anda, pilihan bilik , pilihan makanan , keperluan khas ( jika ada);
    2. Maklumat Kewangan , seperti , maklumat perbankan anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan taraf pendapatan dan gaya hidup anda ;
    3. Maklumat untuk dihubungi seperti alamat tempat tinggal, alamat pos, nombor telefon dan nombor faks;
    4. Maklumat Pembayaran dan Akaun: Sejarah akaun anda dengan kami termasuklah ( tanpa had ) semua maklumat bil dan komunikasi , sejarah pembayaran dan sebagainya;
    5. Penggunaan Laman Sesawang : Maklumat mengenai navigasi anda semasa menggunakan Laman Sesawang ini, sebagai contoh URL untuk laman sesawang , yang anda lawati dan dari anda meminta untuk memuat turun;
    6. Maklumat Transaksi: Sejarah Transaksi ( selain dari maklumat perbankan) mengenai aktiviti e-dagang anda;
    7. Maklumat surat – menyurat: Kandungan, maklumat mengenai surat – menyurat anda, dan destinasi / komunikasi asal di antara anda dan mana – mana pengguna yang menggunakan laman sesawang ini, di mana termasuk emel komunikasi, blog, ruang / bilik sembang dan komunikasi di papan perbincangan, komunikasi dalam bentuk mesej segera, komunikasi / perbincangan dalam forum pakar, komunikasi dalam bentuk MelFaks, senarai mel keahlian dan sebagainya;
    8. ID Pengguna: Nama samara anda, kata laluan, alamat emel dan maklumat – maklumat lain berkaitan dengan keselamatan yang digunakan oleh anda berhubung dengan penggunaan Laman Sesawang ini ; dan
    9. Maklumat yang disimpan: Data samada diwujudkan oleh anda atau oleh pihak ketiga dan di mana anda ingin simpan pada pelayan peranti kami seperti fail imej, dokumen dan sebagainya.

    Untuk memudahkan anda menguruskan penempahan anda, Redbus mungkin akan menyediakan kemudahan untuk Pengguna Sistem untuk membuka akaun pengguna pada Laman Sesawang. Pengguna akaun akan membenarkan anda untuk menyimpan tetapan peribadi anda, menyemak tempahan sebelumnya dan menguruskan penempahan masa hadapan.

    Apabila anda melawat Laman Sesawang ini, walaupun anda tidak membuat sebarang pesanan / tempahan, kami mungkin akan mengumpul beberapa maklumat tertentu, seperti, alamat IP anda, atau peyemak imbas, dan maklumat mengenai sistem pengoperasian komputer anda, versi aplikasi, tetapan Bahasa dan halaman yang telah dipaparkan / ditunjukan kepada anda.

    (Secara kolektif, data pengguna sistem di atas bersama – sama dengan ‘Data Sasaran (ditakrif seperti di bawah)’ hendaklah selepas ini dirujuk sebagai “Data Pengguna Sistem”)

    Dalam hal ini, ia boleh dinyatakan / diperhatikan bahawa antara lain berikut adalah perkara yang ditentukan di bawahnya akan ditadbir oleh Polisi Cookie Laman Sesawang ini: (a) penggunaan Laman Sesawang yang berkaitan dengan maklumat mengenai navigasi anda semasa menggunakan Laman Sesawang ini, sebagai contoh URL Laman Sesawang; (b) maklumat daftar / log: maklumat, seperti permintaan Laman Sesawang anda, alamat IP, jenis pelayar, bahasa pelayar, tarikh dan masa permintaan dibuat.

  4. Tujuan Menggunakan Data Pengguna Sistem:
    1. Khidmat Pelanggan:

      Redbus mungkin akan menggunakan Data Pengguna Sistem untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan kepasa Pengguna Sistem.

    2. Pentadbiran Akaun:

      Redbus mungkin akan menawarkan kepada pengguna kemudahan untuk mendaftar dan membuka akaun pada Laman Sesawang ini. Redbus mungkin akan menggunakan maklumat yang diberikan oleh anda kepada Redbus untuk mentadbir akaun, yang membolehkan anda untuk menguruskan penempahan anda, mengambil bahagian daripada tawaran istimewa, dan menguruskan tetapan peribadi anda.

    3. Aktiviti Pemasaran:

      Kami mungkin juga akan menggunakan maklumat anda untuk aktiviti pemasaran, seperti yang dibenarkan oleh undang – undang, seperti yang berikut :

      1. (a)Apabila anda membuat tempahan dengan kami atau membuka akaun pengguna, kami mungkin akan menggunakan maklumat untuk dihubungi oleh anda untuk menghantar berita mengenai produk atau perkhidmatan perjalanan yang sama / berkaitan. Kami juga akan menghantar kepada Pengguna Sistem kami risalah – risalah melalui emel. Anda boleh memilih keluar, atau berhenti melanggan, dari komunikasi permasaran pada bila – bila masa.
      2. Berdasarkan maklumat yang anda kongsikan dengan kami, tawaran individu mungkin akan dipaparkan / ditunjukkan kepada anda pada Laman Sesawang ini, dalam aplikasi mudah alih atau pada Laman Sesawang pihak ketiga, termasuklah Laman Sesawang sosial.
      3. Sekiranya kami yakin / percaya bahawa sesuatu tawaran mungkin menarik minat / perhatian anda, kami mungkin akan membuat keputusan untuk menghubungi anda melalui telefon yang diberikan semasa tempahan / pesanan dibuat melalui Laman Sesawang ini.
    4. Lain – lain komunikasi:

      Akan terdapat pada masa yang lain apabila kami berhubung melalui email, melalui pos atau melalui pesanan teks, bergantung kepada maklumat untuk dihubungi yang anda kongsikan dengan kami. Ada beberapa sebab untuk ini, seperti berikut:

      1. Kami mungkin perlu untuk membalas kepada dan mengendalikan permintaan yang telah dibuat oleh anda;
      2. Jika anda belum memutuskan penempahan atas talian anda, kami mungkin akan menghantar emel kepada anda sebagai satu peringatan untuk meneruskan penempahan anda. Kami percaya bahawa kemudahan tambahan ini akan berguna kepada anda kerana ia membolehkan atau membenarkan anda untuk meneruskan penempahan tanpa perlu mencari tempat penginapan lagi atau mengisi semua maklumat penempahan dari mula;
      3. Semasa anda menggunakan Laman Sesawang kami, kami mungkin akan menghantar soalan soal selidik atau menjemput anda untuk memberikan ulasan mengenai pengalaman anda dengan Laman Sesawang ini; dan
      4. Kami juga mungkin menghantar kepada anda bahan lain yang berkaitan dengan tempahan anda, seperti, bagaimana / cara untuk menghubungi Laman Sesawang ini, sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan semasa ketiadaan anda, atau ringkasan mengenai penempahan anda sebelum ini yang anda lakukan menggunakan Laman Sesawang ini.
    5. Penyelidikan Pasaran:

      Kadangkala kami akan bertanya kepada pelanggan kami untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan pasaran. Sebarang maklumat tambahan yang diberikan oleh anda adalah sebagai sebahagian daripada penyelidikan pasaran yang hanya akan digunakan dengan kebenaran anda.

    6. Pengesahan dan Pencegahan Penipuan:

      Kami mungkin akan menggunakan Data Pengguna Sistem untuk mengesan dan mencegah penipuan atau aktiviti haram atau yang tidak dikehendaki atau mendedahkan Data Pengguna Sistem jika diperlukan mengikut undang – undang yang berkenaan.

    7. Memperbaiki Laman Sesawang Kami:

      Kami mungkin akan menggunakan Data Pengguna Sistem untuk tujuan analisis, untuk memperbaiki Laman Sesawang Kami, meningkatkan pengalaman pengguna, dan memperbaiki fungsi dan kualiti Laman Sesawang Kami.

      Dalam keadaan dan situasi tertentu, kami mungkin akan berkongsi Data Pengguna Sistem dengan pihak ketiga, seperti yang berikut:

    8. Tempahan Pengguna:

      Untuk melengkapkan tempahan anda, kami perlu memindahkan tempahan /pesanan yang sama / serupa yang berkaitan dengan maklumat kepada pengendali bas / hotel yang telah anda tempeh.

    9. Pejabat Tempatan Redbus’s:

      Dalam usaha untuk menyokong / membantu anda semada proses penempahan / pesanan dan sepanjang tempoh penginapan anda, maklumat anda mungkin akan dikongsi dengan mana – mana kumpulan syarikat Redbus. Maklumat anda mungkin juga akan dikongsi dengan ahli / pembekal perkhidmatan yang lain kepada Laman Sesawang / kumpulan syarikat sebagai analisis untuk memberikan anda tawaran yang berkaitan dengan perjalanan yang mungkin menarik perhatian anda dan untuk menawarkan kepada anda dan kepada menawarkan anda perkhidmatan yang khusus / sesuai.

    10. Pembekal / Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga:

      Kami mungkin akan menggunakan penyedia / pembekal pihak ketiga untuk memproses Data Pengguna Sistem bagi pihak kami untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Untuk menjelaskan lebih lanjut berkenaan isu ini, kami mungkin akan menggunakan penyedia / pembekal perkhidmatan untuk menghantar penempahan / pesanan bagi pihak kami untuk tempat penginapan / pengendali bas yang anda tempah melalui Laman Sesawang kami, atau kami mungkin mengarahkan pihak ketiga untuk menghubungi anda. Apabila tempahan / pesanan memerlukannya, kami mungkin akan berkerjasama dengan pihak ketiga penyedia / pembekal perkhidmatan pembayaran untuk kemudahan proses pembayaran atau jaminan bayaran. Kami juga akan berkerjasama dengan pihak ketiga penyedia / pembekal rangkaian pengiklanan untuk memasarkan Laman Sesawang kami pada platform mereka, atau melibatkan pihak ketiga penyedia / pembekal untuk tujuan analisis. Pihak ketiga yang terlibat dalam mana – mana perkhidmatan ini akan terikat dengan perjanjian sulit dan tidak dibenarkan untuk menggunakan Data Pengguna Sistem untuk sebarang tujuan selain daripada yang dinyatakan s di atas.

  5. Penggunaan Data Pengguna Sistem pada Peranti Mudah Alih:

    Kami mungkin akan menyediakan aplikasi percuma untuk pelbagai peranti mudah alih dan menggunakan versi Laman Sesawang tetap kami yang boleh disesuaikan / dioptimumkan dengan peranti mudah alih. Aplikasi dan Laman Sesawang peranti mudah alih ini akan memproses Data Pengguna Sistem dengan cara yang sama seperti Laman Sesawang lakukan dan ianya juga membenarkan anda untuk menggunakan perkhidmatan lokasi untuk mencari tempahan sesuai untuk Pengguna Sistem.

  6. Penggunaan Data Sasaran (ditakrif seperi di bawah) untuk Mensasarkan Semula:

    Laman ini mungkin menggunakan (i) pengesanan pixel (seperti, pixel pintar atau pixel diuruskan (“Pixel”) diletakkan pada halaman tertentu di laman sesawang ini untuk mengumpul informasi yang relevan dan berkaitan dari Laman dan untuk menetapkan Cookie pada pelayar Pengguna Sistem , (ii) data pelayar Pengguna Sistem kepada laman atau (iii) maklumat – maklumat - maklumat lain Pengguna Sistem tidak boleh dikenalpasti / bukan peribadi (secara kolektif, selepas ini dirujuk sebagai “Data Sasaran”) mengikut Polisi Cookie pada Laman Sesawang ( versi terbaru akan didapati / tersedia pada Laman Sesawang ini)(“Polisi Cookie”).

  7. Perlindungan Keselematan Data Pengguna Sistem:
    1. Selaras dengan undang – undang yang sedia ada, kami memantau dan memerhati tatacara yang munasabah dan sewajarnya untuk menghalang / mencegah akses dan penyalahgunaan kepada Data Pengguna Sistem.
    2. Kami menggunakan sistem perniagaan dan tatacara yang sesuai untuk melindungi dan melindungi Data Pengguna Sistem yang diberikan kepada kami. Kami juga akan menggunakan tatacara keselamatan dan sekatan teknikal dan fizikal untuk mengakses dan menggunakan Pengguna Sistem pada Laman Sesawang. Hanya kakitangan / pekerja yang diberi kuasa dibenarkan untuk mengakses Pengguna Sistem dalam menjalankan tugas mereka.
    3. Larangan Terhadap Kanak – Kanak Di Bawah Umur :
    4. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Laman Sesawang tidak ditujukan kepada kanak – kanak di bawah umur (seperti yang lebih khusus dalam Terma dan Syarat penggunaan Laman Sesawang ini). Penggunaan laman Sesawang ini hanya dibenarkan dengan keizinan secara sah oleh ibu bapa atau penjaga.

    5. Hubungi:
    6. Anda sentiasa mempunyai hak untuk mengkaji dan meneliti Data Pengguna Sistem yang kami pelihara / kekalkan tentang anda. Anda boleh meminta gambaran keseluruhan berkenaan Data Pengguna Sistem anda dengan menghantarkan emel kepada kami di support@redbus.my. Sila nyatakan “ Permohonan untuk Data Pengguna Data” dalam baris subjek emel anda serta lampirkan salinan kad pengenalan anda untuk membantu kami mencegah individu – individu yang tidak sah dari mengakses Data Pengguna Sistem.

    Sekiranya Data Pengguna Sistem yang kami ada untuk tidak betul, kami akan mengemas kininya pada permintaan anda. Anda juga boleh meminta kami untuk menghapus / memadam Data Pengguna Sistem anda dari pengkalan data kami dengan menghantarkan emel ke support@redbus.my dengan “Memohon untuk menghapuskan / memadam Data Pengguna Sistem” di baris subjek emel anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk menghapus / memadam Data Pengguna Sistem anda, kami mungkin tidak dapat memberi anda dengan mengakses kepada Laman Sesawang ini untuk membuat pesanan / tempahan. Kami juga mungkin akan mengekalkan beberapa maklumat tertentu selari dengan undang – undang yang sedia ada, untuk tujuan perundangan atau tujuan pentadbiran seperti penyimpanan rekod atau untuk mengesan aktiviti – aktiviti penipuan.

  8. Pindaan / Pengubahsuaian :

    Redbus berhak untuk mengubah Polisi Privasi pada bila – bila masa dengan atau tanpa sebarang notis dengan memuat naik Polisi Privasi yang telah dikaji semula di Laman Sesawang ini dan ia adalah kewajipan Pengguna Sistem untuk memastikan bahawa mereka sentiasa peka tentang Polisi Privasi yang telah dikaji semua yang tertera di laman sesawang ini.

  9. Had Liabiliti:

    REDBUS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG ATAU APA – APA JENIS KEROSAKKAN, TERMASUKLAH TANPA HAD, HAD TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, HUKUMAN, DAN KEROSAKAN YANG BERTURUTAN, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN POLISI PRIVASI, LAMAN SESAWANG, PROSES TRANSAKSI, KEGAGALAN MENGGUNAKAN LAMAN INI ATAU SEWAKTU PROSES TRANSAKSI, ATAU APA – APA AKIBAT DARI TEMPAHAN HOTEL / TIKET YANG DIBELI ATAU DIPEROLEHI ATAU MESEJ YANG DITERIMA ATAU TRANSAKSI YANG DIMASUKKAN MELALUI LAMAN SESAWANG YANG MANA JUMLAHNYA MELEBIHI DARI JUMLAH TRANSAKSI TERAKHIR YANG DIBUAT OLEH PENGGUNA SISTEM MELALUI LAMAN SESAWANG INI.

  10. Undang – undang dan Bidang Kuasa:

    Polisi Privasi ini ditadbir oleh dan hendaklah ditafsir mengikut undang – undang Malaysia. Mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa ekslusif berkenaan dengan apa – apa pertikaian yang timbul dari atau berkaitan dengan Polisi Privasi ini.

  11. Lain – lain :
    1. Pihak – pihak mengakui dan menerima bahawa format elektronik boleh dianggap sebagai cara komunikasi yang boleh diterima untuk tujuan Polisi Privasi ini.
    2. Polisi Privasi merupakan persetujuan yang lengkap dan keseluruhan di antara Pihak – Pihak mengenai “Norma Privasi Di Laman Ini” (simpan dan pengecualian Polisi Cookie) dan segala persefahaman sebelum ini, komitmen, perwakilan atau persetujuan / perjanjian, samada bertulis atau lisan, antara Pihak – Pihak kepada Polisi Cookie ini.
    3. Jika mana – mana peruntukan untuk Polisi Privasi ini didapati oleh mana – mana mahkamah atau badan pentadbiran yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa untuk manjadikannya tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ketaksahan atau penguatkuasaan tersebut tidak boleh mempengaruhi peruntukan lain dalam Polisi Privasi ini, hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya dan dilaksanakan sepenuhnya.
    4. Tiada sebarang kelewatan, kegagalan dan pengabaian (secara keseluruhan atau sebahagian) dalam menguatkuasakan, menjalankan atau mengikut apa – apa hak, kuasa, keistimewaan, tuntutan atau penyelesaian / pemulihan yang diberikan oleh atau yang berbangkit di bawah Polisi Privasi ini atau oleh undang – undang, disifatkan sebagai atau ditafsirkan sebagai pengecualian yang sama atau sebarang hak yang lain, agar untuk menghalang pengguatkuasaan itu, atau sebarang hak, keistimewaan kuasa, tuntutan atau penyelesaian / pemulihan, dalam bentuk apa juga keadaan yang lain pada bila – bila masa atau masa hadapan.

Do you want to exit reschedule flow?

¡