Tiket Bas Sani Ekspress Online
Ditubuhkan pada tahun 2006, Sani Ekspress Sdn Bhd adalah servis bas bereputasi yang menawarkan keselesaan dan perjalanan yang cekap seluruh Malaysia. Dengan bas-bas yang terbaik dan pemandu-pemandu yang berpengalaman, Sani Express memastikan perjalanan yang selamat tanpa kerumitan buat penumpang-penumpang mereka. Syarikat yang berpusat di Klang ini bermula dengan tujuh bas tunggal dari laluan Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dan kemudiannya menambah 6 buah bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Sani Express kini meliputi lebih banyak bandar termasuk Alor Setar, Butterworth, Changloon, Kangar, Kuala Perlis, Jitra dan Sungai Petani. Mereka juga menawarkan khidmat bas dua tingkat yang tersedia untuk hampir semua laluan utama mereka. Sani Express bercadang untuk meluaskan liputan mereka ke wilayah Selatan Malaysia.
Kenapa Pilih Servis Bas Sani Ekspress?
- Bas Sani Express menyediakan servis yang cekap dan boleh diharap dengan bas-bas yang diselenggara dengan baik.
- Pilih dari pelbagai jenis bas termasuk variasi dua tingkat.
- Bekerjasama dengan redBus dimana anda boleh mendapatkan diskaun atas tempahan tiket bas Sani online.
- Bas Sani Express menawarkan perkhidmatan bas eksekutif sama ada bas satu tingkat atau bas dua tingkat. Susunan tempat duduk mereka sangat luas dengan 2+1 dalam setiap baris untuk membolehkan lebih banyak ruang antara tempat duduk. Bas mereka mempunyai rupa yang menarik perhatian dengan warna merah dan putih, berserta dengan nama mereka yang terpapar dengan jelas. Bas satu tingkat mempunyai 30 tempat duduk manakala bas dua tingkat mempunyai 48 tempat duduk.
Laluan-laluan Popular yang Diliputi oleh Bas Sani Ekspress
Terdapat banyak laluan yang dilalui oleh bas Sani Express setiap hari. Anda boleh memeriksa kekerapan bas Sani Express ke mana-mana laluan melalui aplikasi mudah alih/laman web redBus. Beberapa laluan terkenal yang dilalui bas Express Sani adalah seperti:
- Laluan Tempatan:
Sani Ekspress Terminal Bas Popular
- Terminal Bas Butterworth
- Terminal Bas Klang Sentral
- Terminal Bas Kota Bharu
- TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
- MBKT
Bandar-bandar Popular Sani Ekspress
- Kuala Lumpur – Ia merupakan ibu kota Malaysia dan mempunyai banyak tempat pelancongan/lawatan seperti Menara Berkembar Petronas, Batu Caves, Aquaria KLCC, Taman KLCC, Muzium Kesenian Islam, dan banyak lagi.
- Kuala Terengganu - Kuala Terengganu mempunyai banyak tarikan pelancongan seperti Masjid Kristal, Patung Penyu, Pantai Teluk Kalong, Masjid Sultan Zainal Abidin, dan banyak lagi.
- Machang - Mach ang terkenal dengan tarikan pelancongannya seperti Istana Jahar, Taman Negara Gunung Stong, Gua Ikan, Pok Loh Milo Tunggeng, dan banyak lagi.
- Klang - Te rdapat banyak tarikan pelancongan di Klang seperti Istana Alam Shah, Gereja Our Lady of Lourdes Klang, Pantai Tanjung Piai, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Kuil Klang Kwan Imm, dan banyak lagi.
Tempahan Tiket Bas Sani Express Online di redBus
Anda boleh mengetahui tempoh masa perjalanan yang diambil oleh bas Sani Ekspress untuk setiap laluan tertentu melalui redBus. Di redBus, anda juga boleh menyaring bas Sani Express berdasarkan tempat menaiki bas dan tempat menurunkan penumpang. Secara amnya, bas Sani Express lebih digemari oleh pelancong/penumpang harian kerana ketibaan dan pelepasan basnya yang menepati masa. Anda boleh membuat tempahan awal ticket bas Sani online melalui redBus.
Penafian: Masa perjalanan, laluan dan tambang bas tertakluk kepada perubahan. Sila semak aplikasi atau laman web redBus untuk sebarang perubahan saat akhir.