Tiket Bas StarMart Express Online
StarMart Express adalah pengendali bas terkenal dengan lebih 30 tahun pengalaman di wilayah Semenanjung Malaysia, Singapura dan beberapa bahagian Thailand. Beroperasi di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Segamat, Singapura, Yong Peng, Ipoh dan banyak lagi. Syarikat tersebut diuruskan oleh Starmart Sdn Bhd dan Starmart Air Asia Liner Pte Ltd. StarMart Express menawarkan pakej pelancongan mampu milik, tempahan hotel, tiket penerbangan, permohonan visa dan servis-servis lain yang mereka sediakan. Bas-bas mereka yang mempunyai 27 tempat duduk yang selesa termasuk model Scania dan Nissan yang dilengkapi dengan penggantungan udara yang dikawal secara elektronik, merangkumi laluan utama di Malaysia menyediakan penumpang dengan perjalanan yang selesa dan menyeronokkan.
Kenapa Pilih Bas StarMart Express?
- StarMart Express merupakan pilihan utama berbanding pengendali-pengendali bas lain di Malaysia disebabkan oleh kebolehpercayaannya dan kecekapan masa.
- Syarikat tersebut mengutamakan keselamatan dengan pemandu-pemandu berpengalaman dan bas-bas yang diselenggara dengan baik.
- Penumpang-penumpang boleh menjangkakan kemudahan yang selesa seperti penghawa dingin, hiburan dan makanan ringan dan air minuman percuma.
- StarMart Express menawarkan tambang yang berpatutan dan rakan kongsi seperti redBus untuk tempahan tiket bas secara online yang menyediakan diskaun dan promosi untuk tempahan bas.
Laluan-Laluan Popular yang Diliputi oleh Bas StarMart Express
Bas Starmart Express meliputi pelbagai bandar di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor, Genting Highlands. Bas-basnya juga membuat perjalanan dari Malaysia ke Singapura. Laluan utama yang diliputi oleh syarikat bas ini adalah seperti berikut:
Laluan-laluan Tempatan yang Diliputi
- Ayer Tawar ke KLIA2
- Pasir Gudang ke Alor Setar
- Simpang ke Changlun
- Kajang ke Kuala Kangsar
- Langkap ke Singapura
- Pasir Gudang ke Ipoh
- Johor Bahru ke Kajang
- KLIA ke Melaka
- KLIA ke Butterworth
Laluan-laluan Rentas Sempadan yang Diliputi
Terminal Bas Popular
Bas Starmart Express boleh dinaiki dari terminal bas berikut:
- KLIA
- KLIA2
- Terminal Bas Larkin
- Melaka Sentral
- Berjaya Times Square
- TBS Kuala Lumpur
- Pusat Perubatan Mahkota
- Amanjaya Ipoh
Bandar-Bandar Popular yang Diliputi
Bandar-bandar popular yang diliputi oleh bas-bas StarMart Express adalah:
- Singapura merupakan sebuah negara pulau di Asia Tenggara. Ia dikenali dengan tarikan pelancong seperti Pulau Sentosa, Gardens by the Bay, Merlion Park, Taman Botani Singapura, Singapore Flyer, yang merupakan roda pemerhatian terbesar di Asia, SEA Aquarium, dll.
- Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan terkenal dengan kepelbagaian tarikan pelancong seperti Batu Caves, Taman Tema Sunway Lagoon, Aquaria KLCC, Taman Botani Perdana, Taman KLCC, Taman Burung, Masjid Negara Malaysia, dll.
- Yong Peng adalah sebuat lagi bandar yang terkenal dengan tarikan pelancong seperti Fortune Dragon, Tokong Cina Tian Pao Kong, Persatuan Memperbaiki Akhlak Che Ann Khor, etc.
Selain daripada bandar-bandar popular tersebut, ada banyak lagi tempat menarik untuk dilawati di Malaysia dan Singapura. Terdapat banyak tarikan pelancong/pusat keagamaan di bandar-bandar lain yang diliputi oleh syarikat bas ini. Untuk perjalanan yang tidak menyusahkan dan selesa, tempah tiket online bas di Malaysia.
Penafian: Waktu-waktu bas, laluan-laluan, dan harga tambang tertakluk kepada perubahan. Sila semak untuk sebarang perubahan minit terakhir.