Perjalanan bas dari KL Sentral ke KLIA2 meliputi sebanyak 60 km dan mengambil masa dalam satu jam. Dengan lebih 50 bas beroperasi dari Kuala Lumpur ke lapangan terbang, sebanyak 24 daripada mereka beroperasi dari KL Sentral ke KLIA2 di antara jam 3 am dan 10.30 pm. Perjalanan bas adalah pilihan mudah dan bajet mesra bagi mereka yang berulang alik diantara dua destinasi ini.
Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur mempunyai dua kompleks dan yang lebih baharu antara kedua-duanya dipanggil KLIA2. KLIA2 telah dibina untuk syarikat penerbangan tambang rendah yang meliputi kedua-dua laluan domestik dan antarabangsa. Ia mempunyai dua bangunan iaitu Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit. Kedua-dua bangunan ini dihubungkan oleh Skybridge. Bangunan Satelit hanya untuk penerbangan antarabangsa, manakala Bangunan Terminal Utama untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Di sebelah kompleks ini adalah Hab Pengangkutan di mana anda boleh menaiki bas, teksi dan kereta api untuk membuat perjalanan ke pusat bandar. Kompleks lapangan terbang juga mempunyai pelbagai kemudahan lain seperti restoran, mesin ATM, dll. Anda juga boleh berjalan kaki dari kompleks ini untuk bermalam di hotel yang berdekatan.
Perkhidmatan Bas antara KL Sentral dan KLIA2
Laluan KL Sentral ke KLIA2 menawarkan perkhidmatan bas eksekutif dengan ruang bagasi luas bagi memudahkan pelancong yang akan menaiki penerbangan. Kesemua bas mempunyai susun atur tempat duduk 2+2 dan kemudahan am. Beberapa syarikat bas menawarkan tiket bas yang boleh di bayar balik, jadi seelok-eloknya menempah tiket dengan syarikat-syarikat tersebut.
Harga Tiket Bas untuk KL Sentral ke KLIA2
Harga tiket bas dari KL Sentral ke KLIA2 berbeza-beza bergantung pada pengendali bas dan jenis bas yang anda pilih. Walau bagaimanapun, berita baiknya adalah terdapat banyak pilihan berpatutan yang tersedia ada. Bas standard adalah pilihan mesra bajet yang elok sementara bas mewah menawarkan lebih banyak keselesaan dan pengalaman yang mewah.
Harga tiket bas standard untuk bas KL Sentral ke KLIA2 adalah dari RM 12 ke RM 15.
Tempat Bertolak dan Menurunkan Penumpang
- Tempat bertolak: KL Sentral dan TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
- Tempat menurunkan penumpang: KLIA dan KLIA2
Syarikat Bas Popular dari KL Sentral ke KLIA2
Bas dari KL Sentral ke KLIA2 dikendalikan oleh beberapa syarikat bas. Mereka beroperasi dari KL Sentral ke kompleks pertama KLIA yang juga berhenti di KLIA2. Mereka menawarkan tiket yang murah untuk ke lapangan terbang dan beroperasi pada selang masa yang kerap dari bandar. Berikut adalah beberapa syarikat bas tersebut,
Aktiviti untuk dilakukan di KLIA2
- Menikmati hidangan yang lazat di mana-mana kedai makan di kompleks ini
- Mengunjungi spa di Gateway@KLIA2
- Membeli-belah atau melihat barang-barang yang dijual di pusat beli belah
- Jika kesempatan, membuat lawatan ke seluruh bandar Kuala Lumpur
- Melihat kapal terbang berlepas
- Kedai bebas cukai di pusat beli belah Gateway@KLIA2
- Masjid KLIA atau Masjid Sultan Abdul Samad