Cara terbaik untuk ke terminal Melaka Sentral ialah dengan menaiki bas tempatan atau teksi persendirian. Penumpang tidak boleh menaiki kereta api api atau mengambil perkhidmatan LRT. Walau bagaimanapun, ia berdekatan dengan Lapangan terbang Melaka yang hanya sejauh 6.4km jauhnya. Jika menaiki teksi, ia hanya mengambil masa dalam 15 minit dari lapangan terbang ke Melaka Sentral.
Elakkan dari Beratur Panjang dan Jimatkan Masa dengan Pas Masuk Melaka Sentral
Menempah tiket bas dari Terminal Bas Melaka Sentral kini menjadi mudah dengan adanya pas masuk khas redBus yang datang dengan kod QR. Ketika ini, penumpang yang telah menempah tiket bas dari Melaka Sentral ke destinasi dikehendaki menunggu dalam barisan panjang untuk mengambil pas masuk walaupun selepas mempunyai tempahan yang disahkan. Tiket online perlu ditukar kepada pas masuk fizikal. Walau bagaimanapun, dengan memilih pas masuk redBus dengan Kod QR, anda boleh tinggalkan barisan dan menaiki bas tanpa membuang masa. Apa yang perlu anda dilakukan hanyalah menunjukkan pas masuk bercetak di pintu pelepasan Melaka Sentral dan mengimbas kod QR yang dihantar melalui e-mel untuk menaiki bas.
Langkah-langkah membuat Tempahan Pas Masuk Melaka Sentral
- Pengguna redBus boleh memilih Pas Masuk Melaka Sentral yang mempunyai Kod QR dengan mengikuti langkah tempahan mudah seperti di bawah:
- Penumpang boleh memilih Melaka Sentral sebagai 'tempat naik' mereka dan memilih mana-mana destinasi yang diingini. Widget pas masuk QR kemudiannya akan dipaparkan di laman carian hasil carian berserta dengan senarai bas yang ada.
- Sedikit bayaran akan dikenakan untuk pas masuk. Penumpang boleh mengekalkan butang opt-in untuk memilih pas masuk khas.
- Penumpang kemudian perlu ke bahagian pembayaran dan melengkapkan langkah-langkah pembayaran. Sebaik sahaja pembayaran dijelaskan, penumpang akan menerima e-mel dengan pas masuk berserta lampiran Kod QR.
Apabila terdapat ramai pengguna, kod QR akan dihantar sebanyak tiket yang ditempah. Untuk membatalkan dan menjadual semula tiket, penumpang perlu melakukan perkara berikut:
- Jika pengguna membatalkan tiket, pas masuk dan kod QR juga akan dibatalkan, dan pengguna akan menerima pengesahan e-mel mengenai pembatalan tersebut.
- Dalam kes penjadualan semula tiket, pas masuk dan kod QR baru akan dijana semula, dan pengguna akan menerimanya sekali lagi melalui e-mel.
Apabila menaiki bas, penumpang boleh mencari pengimbas kod QR di pintu pelepasan syarikat bas masing-masing. Anda perlu tahu bahawa maklumat platform tidak dicetak pada pas masuk. Penumpang perlu menyemaknya dari skrin pintu berpusing sebelum berlepas.
Kemudahan Penumpang Yang Terdapat di Terminal Bas Melaka Sentral
Sama ada ingin makan sebelum menaiki bas atau menunggu masa menaiki bas, Melaka Sentral adalah tempat yang sesuai untuk pelancong. Anda boleh lawati gerai kecil yang menjual kraftangan, barangan keperluan asas, dan untuk pakaian, anda boleh dapatkan di pasar raya Tesco berhampiran sekiranya anda masih mempunyai masa atau boleh juga ke butik mahal dan kedai-kedai lain di dalam terminal.
Sebagai terminal bas yang sering diguna ramai, Melaka Sentral mempunyai beberapa kemudahan mesra penumpang untuk menjadikan masa menunggu anda di sana lebih selesa:
- Hentian teksi: Terdapat banyak teksi yang membawa penumpang berulang alik dari Melaka Sentral setiap hari dan ia berada di kawasan yang disediakan khas di luar terminal.
- Membeli-belah: Terminal ini dipenuhi dengan kedai cenderamata dan kedai serbaneka untuk membeli barang keperluan sebelum menaiki bas
- Sewa Kereta: Untuk mereka yang ingin menyewa kereta pandu sendiri, anda boleh menyewa dari kaunter tempahan yang berada di dalam terminal.
- Makan: Terdapat banyak pilihan makanan di Melaka Sentral, dari makanan segera hingga masakan tempatan dan harganya juga berpatutan atau anda boleh membeli burger di McDonald's. Terdapat pelbagai kedai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman dan penumpang tidak akan ketandusan pilihan makanan.
Melaka Sentral juga adalah sebuah tempat selesa untuk penumpang berehat dan ianya juga dilengkapi penyaman udara. Anda boleh berehat di mana-mana ruang rehat VIP yang bayak disediakan, membersihkan diri di mana-mana bilik air, menggunakan mesin ATM yang terletak di dalam bangunan dan pelbagai lagi. Tempat mengecas disediakan di pelbagai tempat untuk memudahkan pengunjung.
Operator Bas Paling Popular di Melaka Sentral
Melaka Sentral ialah sebuah hab untuk bas berhenti seketika sebelum ke destinasi tempatan dan juga rentas negeri. Penumpang boleh menaiki perkhidmatan bas untuk ke pelbagai destinasi contohnya Kuala Lumpur, terminal bas Larkin JB, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Singapura atau Johor Bahru. Terminal Melaka Sentral juga menghubungkan bandar-bandar seperti Paka, Pulau Pinang, Johor, Ipoh, Terengganu, Kuala Lumpur, dan banyak melalui jalan raya.
Bas operator yang paling popular membawa penumpang di Melaka Sentral ke laluan ini adalah:
Pelancong boleh memilih salah satu dari bas yang menawarkan tempat duduk Kelas SVIP, Eksekutif atau Kelas Kelab bergantung kepada operator pilihan di laluan mereka mahukan. Bas coach ini adalah dari jenis kelas paling atas dari segi penyelenggaraan, susunan tempat duduk, kebersihan, dan perkhidmatan lain. Untuk operator bas di Melaka Sentral, keselamatan dan penumpang adalah sangat penting.
Kelebihan Menempah Tiket Bas Pergi dan Balik dari Melaka Sentral dengan redBus
redBus tidak memerlukan mana-mana penumpang untuk ke terminal untuk membeli atau membatalkan tiket. Bayangkan kerumitan merancang perjalanan pada saat akhir untuk ke mana-mana dan kemudian perlu ke Melaka Sentral dan beratur dalam barisan untuk menempah tiket! Atau bagaimana pula sekiranya anda membuat keputusan di tengah-tengah malam untuk ke sesuatu tempat pada keesokan harinya? Inilah masanya untuk redBus membantu anda. Bukan sahaja anda mempunyai kemudahan menempah dari rumah dalam keadaan selesa sambil melayari pilihan sebelum menjumpai pilihan yang disukai, tetapi anda juga dapat membandingkan perkhidmatan yang disediakan oleh operator bas, tambang, serta laluannya. redBus juga menawarkan diskaun lumayan sepanjang tahun dan anda mungkin dapat menjimatkan wang untuk perjalanan tersebut.
Perkara yang boleh dilakukan di Melaka dan Melaka Sentral
Melaka adalah tempat yang penting dari segi sejarah di Malaysia. Tempat ini telah dipengaruhi oleh Belanda, Inggeris, dan Portugis. Anda boleh menemui banyak perkara untuk dilakukan dan dilihat di Melaka. Setelah sampai di Melaka Sentral, seseorang dapat dengan mudah menemui banyak tempat menarik. Sebahagian daripada mereka adalah -
- Stadthuys: Ini adalah dataran pusat bandar dengan bangunan berwarna merah. Gereja Kristus, yang terletak di dataran ini, adalah monumen ikonik yang dicat dengan warna merah dan struktur tertua yang dibuat oleh Belanda. Menara jam menjadikan tempat ini sebagai tempat yang sangat baik untuk fotografi.
- Jalan Jonker: Pasar malam hujung minggu terkenal di jalan ini. Di pasar, anda boleh menemui barang-barang kraftangan dan pakaian lain yang dijual. Jalan ini tetap meriah walaupun pada hari bekerja dengan banyak kedai dan restoran.
- Gereja St. Paul dan Benteng Famosa: Kedua-duanya dibina oleh Portugis. Mereka terletak di belakang kompleks muzium Stadthuys.
- Muzium Istana Kesultanan menempatkan sejarah dan legenda tempatan Melaka. Ia terletak di sebelah timur Benteng Famosa.
- Sungai Melaka: Berjalan di sepanjang sungai ini pada waktu petang dengan banyak cahaya adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kunjungi di sini pada waktu petang untuk melihat matahari terbenam dan kemudian menikmati makan malam tepat di tebing sungai.
- Masjid Selat Melaka adalah tempat untuk dikunjungi semasa matahari terbenam. Ia menyinari laut yang tenang di latar belakang. Lawati di sini sama ada pada waktu pagi atau petang untuk mengelakkan terik matahari.
Anda boleh menempah tiket bas online dari semua bandar utama di Malaysia untuk sampai ke terminal Bas Melaka Sentral. Dari Melaka Sentral, berjalan kaki ke stesen bas tempatan untuk mendapatkan bas yang menghubungkan anda ke tempat-tempat ini.
Tempah Tiket dengan redBus
Menempah tiket melalui redBus sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan hanya mengikuti langkah-langkah berikut:
- Anda boleh log masuk ke laman web rasmi redBus atau muat turun aplikasi mudah alihnya.
- Setelah anda mempunyai tarikh perjalanan, masukkan tempat menaiki bas serta destinasi yang dituju.
- Kemudian, masukkan tarikh perjalanan yang dirancang.
- Klik pada butang carian dan beberapa senarai pilihan bas akan dipaparkan kepada anda.
- Anda boleh menggunakan fungsi saringan di sebelah tepi kiri skrin untuk mengecilkan pilihan.
- Bandingkan harga tambang, pilih tempat duduk, tekan butang tempahan dan selesai.
- Kemudian, anda akan dibawa ke laman pembayaran di mana anda akan membuat pembayaran dengan menggunakan kad debit, kad kredit, atau perbankan internet.
- Laluan pembayaran dijamin selamat dan berkod sulit dan anda tidak perlu risau.
- Tiket anda akan dihantar ke alamat e-mel yang diberi sebelum menempah berserta dengan mesej pengesahan dengan maklumat yang sama.
Itu sahaja! Sekarang anda telah bersedia untuk meneruskan perjalanan dengan redBus. Anda boleh menikmati pelbagai penjimatan seperti diskaun redDeal, kod promo dan banyak lagi. Gunakan kod 'MYNEW' dan nikmati diskaun 20% dan pulangan tunai 25%. Menarik kan? Jom beli beli tiket bas online dengan hari ini!
Penafian: Jadual bas, laluan, dan harga tambang tertakluk kepada perubahan. Dapatkan maklumat terkini melalui aplikasi atau laman web redBus.